KOMBO ARSENE LUPIN

0% of 100
RM 43.00 RM43.00
Kod Produk: #kombo-arsene-lupin
Status: Sold Out
Berat: 0.30kg
Stok: unit

Sinopsis & Review






Tajuk : KOMBO ARSENE LUPIN


ISBN : kombo-arsene-lupin


 


 


KOMBO ARSENE LUPIN merangkumi dua buah buku iaitu:


The Extraordinary Adventures of Arsène Lupin, Gentleman-Burglar - Edisi Bahasa Melayu (L142,S29,BL141)


Kisah Arsène Lupin, pencuri budiman ini mula diperkenalkan pada 15 Julai 1905 dalam majalah berbahasa Perancis, Je sais tout. Watak ciptaan Maurice Marie Émile Leblanc atau dikenali dengan Maurice Leblanc ini telah dianggap pembaca pada ketika itu sebagai rakan sejawat Sherlock Holmes, walaupun kedua-duanya berada di sudut yang bertentangan dalam dunia jenayah!


Arsène Lupin versus Herlock Sholmes – Edisi Bahasa Melayu (L169,PY17,Y42)


Mungkin tiada manusia yang dapat menyekat pencuri budiman, Arsène Lupin di dunia ini kecuali detektif terkenal dan eksentrik dari London, Herlock Sholmes! Dan apabila kedua-dua mereka bertembung, siapa yang akan menang? Pertarungan antara mereka bermula disebabkan kes seorang profesor matematik yang mendapati meja antik yang baru dibelinya dicuri oleh Arsène Lupin pada siang hari. Tidak berapa lama selepas kejadian itu, Lupin dan profesor itu mengetahui tiket loteri yang ditinggalkan di dalam meja itu telah memenangi hadiah utama sebanyak satu juta franc. Maka bermulalah perebutan hadiah kemenangan antara kedua-dua mereka yang menggemparkan seluruh kota raya Paris. Tidak mahu mengalah, Lupin menjalankan komplot liciknya bersama-sama seorang wanita muda berambut perang dan mereka berdua berjaya melepaskan diri daripada kepungan polis dengan cara yang misteri.

 







Komen